MyGDX ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data. Pelaksanaan MyGDX membolehkan data terperingkat diselaras dan dikongsi dengan lebih efisien dan mengurangkan kos penyediaan infrastruktur dan pengintegrasian sistem. Platform seragam lebih memudahkan integrasi data.
MyGDX dibangunkan berasaskan 3 prinsip perkongsian data seperti dinyatakan dalam Dasar Perkongsian Data Sektor Awam.
Perkongsian Data atas Keperluan dan Mendapat Persetujuan
Perkongsian Data Terperingkat Secara Selamat
Perkongsian Data Menambah Nilai kepada Perkhidmatan Awam, Rakyat dan Negara
Platform MyGDX baharu (MyGDX 2.0) telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan merangkumi aspek keselamatan data dan siber di mana penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk setiap agensi dan pengguna berdaftar disahkan melalui Portal MyGDX yang berintegrasi dengan pelbagai agensi berkaitan seperti di modul pendaftaran pengguna. Manakala setiap kelulusan langganan API akan disahkan melalui sijil digital pengguna agensi dan setiap sistem yang akses ke API MyGDX akan disahkan terlebih dahulu melalui teknologi Public Key Infrastruktur (MyGPKI).
Selain itu, semua agensi perlu mempunyai Security Server MyGDX untuk mengurus akses dan capaian API. Platform MyGDX menggunakan sijil digital pelayan (SSL dan TLS) dan teknologi kriptografi penyulitan data yang diiktiraf oleh National Trusted Cryptographic Algorithm List (MySEAL), Cyber Security Malaysia.
Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dibangunkan untuk meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mengurangkan masa memproses, mengisi dan mengesahkan data. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih. Faedah MyGDX:
Data dari sumber yang sahih
Integrasi data dari pelbagai sumber
Memudahkan analisis data
Memudahkan pengesahan data bagi agensi pengguna
Menyelaras dan menyepadukan data
Memudahkan capaian data bagi tujuan perancangan agensi
Portal Latihan Kendiri disediakan supaya pengguna boleh mencuba sendiri platform MyGDX dan bagaimana API MyGDX berfungsi. Anda boleh mencuba melaksanakan integrasi antara 2 agensi yang kami sediakan iaitu BUANA dan GALAKSI. Sila masuk mengguna ID yang telah disediakan.
Status pelaksanaan MyGDX sehingga kini
Berikut adalah API yang telah disediakan dalam MyGDX. Namun, API terkawal tidak akan dipaparkan.Sekiranya data yang anda inginkan tiada dalam API ini, ianya boleh dibangunkan selepas persetujuan dari Agensi Pembekal.
Senarai kod keturunan
Test Fasi 1
maklumat berkenaan kod keturunan
API KOD DUN
Kod Lesen Maziah
Kod
LESEN_MEMANDU
SENARAI KOD PARLIMEN DALAM MALAYSIA
Senarai Kod Negara
KOD NEGERIABC
Senarai Kod Warganegara LP
Senarai Kod Negeri Malaysia
Senarai Kod Lesen
kod memandu
Senarai Kod Bandar Malaysia
Senarai Kod Parlimen Malaysia
KOD SKIM
Senarai kod negeri
Memaparkan senarai pengguna
Carian Kod Daerah Malaysia berdasarkan kod negeri 2 digit.
Kod 4 digit mewakili daerah. 2 digit pertama mewakili kod negeri dan 2 digit terakhir mewakili kod daerah di bawahnya.
Senarai semua Kod Skim Perkhidmatan Kerajaan dari DDSA
Kod Agensi Kerajaan yang digunakan dalam MyGDX berdasarkan kod agensi lama DDSA. Beberapa agensi telah dikemas kini selaras dengan perubahan
Senarai semua Kod Dewan Undangan Negeri (DUN) Malaysia di DDSA.
Senarai semua Kod Parlimen Malaysia berdasarkan DDSA
Carian Maklumat Poskod Malaysia melalui poskod
Semua poskod lokaliti di Malaysia. Data Pos Malaysia
Kelas Lesen Memandu berdasarkan DDSA
Kod Jenis Lesen Memandu berdasarkan DDSA
Kod Etnik berdasarkan DDSA
Kod Kewarganegaraan berdasarkan DDSA
Kod Negara berdasarkan DDSA
Kod Taraf Perkahwinan berdasarkan DDSA
Kod Agama berdasarkan DDSA
%DESCms%
Pengumuman Terkini Mengenai MyGDX
Soalan Lazim Mengenai MyGDX
Senarai Video Tutorial JomBelajar MyGDX
%START_DATE% - %END_DATE%
Manual Pengguna untuk Pengurusan Portal, Security Server dan API Connector dalam Ekosistem MyGDX
Kami bersedia membantu anda melaksanakan integrasi data merentas agensi. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
Pasukan MyGDX Aras 4, Bahagian Kerajaan Digital,Jabatan Digital Negara (JDN), Blok B, No. 3200, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
+603 8872 3058
mygdx.support@digital.gov.my