Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dibangunkan untuk meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mengurangkan masa memproses, mengisi dan mengesahkan data. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih.
Agensi yang berminat mengenai ekosistem MyGDX boleh mengemukakan permohonan taklimat (jika perlu) melalui e-mel di mygdx.support@digital.gov.my.
2
Taklimat Awal
Taklimat diberikan kepada agensi yang memohon untuk mendapatkan maklumat MyGDX. Maklumat Lanjut
3
Surat Rasmi
Agensi perlu menghantar surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah JDN untuk menyertai ekosistem perkongsian data melalui MyGDX. Contoh Surat Permohonan Rasmi
4
Kelulusan Permohonan
Permohonan agensi akan dimaklumkan melalui surat rasmi MAMPU.
JOM SERTAI
1
Taklimat On-boarding
Taklimat mengenai perincian ekosistem MyGDX diberikan kepada agensi yang mendapat kelulusan untuk menyertai MyGDX.
2
Permohonan Pengguna Portal
Pengguna agensi perlu mendaftar sebagai pentadbir dan pelulus agensi di portal MyGDX. Panduan Pendaftaran Pengguna.
3
Pendaftaran Pentadbir dan Pelulus Komponen MyGDX
Pengguna agensi perlu mendaftar sebagai pentadbir dan pelulus komponen MyGDX.
4
Pemasangan Komponen MyGDX di Agensi
Pasukan MyGDX akan membuat pemasangan dan pengujian komponen MyGDX di agensi.
JOM BERKONGSI
1
Pembangunan API
Agensi akan melaksanakan pembangunan API sehingga selesai dengan bantuan Pasukan MyGDX dan mengadakan pengujian bersama-sama Pasukan MyGDX.
2
Pendaftaran API di Katalog
Semua API akan didaftarkan di katalog API Portal MyGDX untuk makluman semua bakal pengguna
3
Permohonan API
gensi Pengguna boleh memohon langganan dan pengunaan data
4
Penggunaan API di sistem Agensi Pengguna
Template coding konfigurasi telah disediakan bagi memudahkan agensi menggunakan API yang tersedia