MyGDX ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data. Pelaksanaan MyGDX membolehkan data terperingkat diselaras dan dikongsi dengan lebih efisien dan mengurangkan kos penyediaan infrastruktur dan pengintegrasian sistem. Platform seragam lebih memudahkan integrasi data.
MyGDX dibangunkan berasaskan 3 prinsip perkongsian data seperti dinyatakan dalam Dasar Perkongsian Data Sektor Awam.
Perkongsian Data atas Keperluan dan Mendapat Persetujuan
Perkongsian Data Terperingkat Secara Selamat
Perkongsian Data Menambah Nilai kepada Perkhidmatan Awam, Rakyat dan Negara